Jasni
PUTATAN (24 OKTOBER): Parti Bumi Kenyalang (PBK) Sabah tidak akan mengamalkan budaya rasuah.
Ketua penerangannya Datuk Jasni Matlani berkata parti itu mengutamakan integriti, amanah dan bertanggungjawab.
‘Kita berkhidmat untuk rakyat dengan amanah, bertanggungjawab dan menolak rasuah,” katanya di sini hari ini.
Budaya ini, katanya, menjadi teras dan keutamaan dalam memberikan khidmat kepada rakyat.
Beliau berkata PBK tidak akan sesekali mengamalkan budaya rasuah.
“Kita cakap kita buat dan slogan ini yang kita utarakan kepada rakyat,” katanya lagi.
Jasni memberitahu amalan rasuah hanya akan mewujudkan ketidakstabilan dan kesannya terarah kepada rakyat.
“Kita tidak mahu perkara itu berlaku …kita bela rakyat dan kita akan memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat,” katanya.
Tamat

