Jabatan Nakortik tekad benteras jenayah dadah di Sandakan

SANDAKAN : 11 April – Polis di sini telah menahan tiga lelaki dalam operasi membenteras jenayah penyalahgunaan dadah di berapa kawasan berasingan di daerah ini.

Operasi pertama pada 10 April pada jam 10.30 pagi telah menahan seorang lelaki di kawasan Perumahan MPS Batu 1 ½ di bawah Sek.12(2) ASB 1952 & Swk.15(1)(a) ADB 1952

Diikuti pada 9 April pada jam 10.30 malam pada Ops membanteras gejala pengedaran dadah di kawasan Lorong Pheonix Park 1, Taman Pheonix Park, Batu 5, dengan penahan seorang lelaki dan disabitkan di bawah Sek. 39BADB 1952 & 15(1)(a) ADB 1952.

Manakala pada hari yang sama, pada pukul 6 pagi hingga 4 petang oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Sandakan telah menjalankan Ops Tapis Narkotik bagi membanteras gejala pengedaran dan penagihan dadah di Kawasan Setinggan belakang Taman Mesra Batu 4 Batu Sandakan, Sabah dan telah menahan seorang lelaki  di bawah Sek. 39B ADB 1952 & 15(1)(a) ADB 1952,  01(L) di bawah Sek 39A(1) ADB 1952 & 15(1)(a) ADB 1952 dan 01(L) di bawah Sek 12(2) ADB 1952 & 15(1)(a) ADB 1952.

Berdasarkan kenyataan bahawa pelaksanaan operasi membenteras penyalahgunaan dan jenayah dadah menjadi tekad Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Ahsmon Bajah.

Tamat

Polis menahan lelaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah di kawasan belakang taman perumahan PPR Batu 4 Jalan Utara