HENTIKAN PROVOKASI LIBATKAN AGAMA DAN KAUM – PAKAS

KOTA KINABALU (17 SEPTEMBER): Orang ramai diminta agar menghentikan provokasi yang melibatkan agama, kaum dan institusi diraja (3R).

Pertubuhan Amal Kembara Aspirasi Sabah (PAKAS) dalam kenyataannya di sini hari ini berkata provokasi itu mencetuskan keresahan kepada orang ramai.

“Sama ada yang beragama Islam atau bukan Islam perlu sama-sama menjaga tutur kata dan penulisan mereka,” kata Pengerusi PAKAS, Kefayatullah Malik Aman.

Katanya media sosial bukan tempat untuk menabur kebencian.

Menurutnya Sabah ketika ini telah dilanda bencana alam yang bukan sahaja memusnahkan harta benda tetapi juga meragut nyawa.

“Daripada kita membiarkan provokasi seumpama itu berleluasa lebih baik kita bersatu hati dan berdoa untuk kesejahtetaan negeri serta berganding bahu menghulurkan bantuan.

“Perpecahan hanya akan melemahkan kita semua,” katanya.

Tamat