BEAUFORT (27 OKTOBER): Sokongan kepada Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan) sebagai calon pada pilihan raya umum Sabah bagi DUN Klias membuktikan persefahaman yang dibina.
Timbalan Ketua Bahagian Gagasan Klias, Haji Mohd Jali Nordin berkata sokongan yang diberikan oleh Parti komponen dan Pakatan Harapan memperlihatkan persefahaman yang mantap.
“Persefahaman itu dibentuk dan dibina dengan keikhlasan dan ketelusan,” katanya di sini hari ini.
Beliau betkata terdapat usaha untuk memecahbelah persefahaman Parti komponen dan juga PH.
Tetapi usaha itu, katanya, tidak membawa kesan sebaliknya persefahaman itu semakin kuat.
Sama ada parti komponen mahupun PH telah tahu bahawa Gagasan menjadi calon GRS pada pilihan umum nanti, katanya dan menambah kesemuanya lebih memfokuskan kepada perjuangan untuk rakyat.
“Keutamaan kita adalah rakyat dan persefahaman itu juga menambahkan keyakinan serta kepercayaan rakyat,” katanya lagi.
Tamat

