BEAUFORT: 18 April – Ahli parti yang menawarkan diri bagi menerajui kepimpinan cabang seharusnya mempunyai kefahaman jelas tentang asas perjuangan parti.
Ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Beaufory, Abdul Rahman Yaakub berkata selain memiliki kemampuan, mereka juga harus mempunyai kefahaman jelas mengenai asas perjuangan parti.
“Mereka seharusnya mampu menjelaskan makna Reformasi dan Madani yang menjadi trade mark kepada pembicaraan YAB Presiden DS Anwar Ibrahim” katanya di sini hari ini.
“Kita tidak mahu kepimpinan yang masih mengekalkan cara dan budaya politik usang yang tidak sesuai dengan zaman pasca normal hari ini,” katanya lagi.
Abdul Rahman yang akan bertanding untuk Ketua Cabang Beaufort berkata kesetiaan terhadap perjuangan parti juga perlu diberikan keutamaan.
Sambil mengucapkan selamat memilih kepada ahli parti, Abdul Rahman berharap kesetiaan dan memahami asas perjuangan parti ajan menjadi pilihan utama kepada ahli parti dalam membuat pilihan.
Tamat
.

