DUA DITAHAN BANTU SIASATAN POLIS

sh@ Syamilah Salleh

LAHAD DATU (29 JUN): Dua suspek termasuk seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan kematian seorang lelaki warga asing di sini semalam.

Kedua-dua suspek itu yang berusia 29 tahun ditahan pada hari sama, kata Timbalan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Supertendan Jimmy Panyau hari ini.

Mangsa yang berusia 23 tahun ditemui di sebuah rumah tidak bernombor di kawasan kebun kelapa sawit, Ulu Segangan Silabukan dengan kesan kecederaan du bahagian belakang badan yang dipercayai akibat tikaman senjata

“Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Lahad Datu berjaya menahan dua suspek iaitu seorang lelaki dan seorang wanita warga asing, masing-masing berusia 29 tahun, pada hari yang sama bagi membantu siasatan,” katanya.

Beliau berkata, bedah siasat ke atas mayat mangsa akan dijalankan di Hospital Lahad Datu bagi mengenal pasti punca kematian sebenar.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun, serta sebatan jika disabitkan kesalahan.

ENDS