sh@ editor
KOTA KINABALU (7JULAI): Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag, Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin mengulangi pertanyaanya terhadap pembinaan rumah Sabah Maju Jaya.
Beliau berkata pertanyaan itu sudah dikemukakannya pada sidang DUN lalu tetapi masih belum ada jawaban.
“Saya sudah berkali-kali menyentuh tentang rumah SMJ ini …di kawasan saya (Lamag) dan Sukau ada rumah SMJ telah dibina tetapi belum siap sehingga sekarang,” katanya ketika membahaskan usul Rang Undang-Undang Perbekalan tambahan pada sidang DUN di sini hari ini.
Beliau juga meminta agar siasatan dilakukan bagi melihat siapa penerima bantuan pembinaan rumah SMJ itu terutama di DUN Lamag.
Tamat

