sh@jalie mohamad
Penampang, 10 September – Hujan lebat berterusan sejak awal pagi telah menyebabkan limpahan air Sungai Moyog sehingga mengakibatkan banjir kilat di beberapa kawasan sekitar daerah Penampang.
Antara laluan yang terjejas ialah Jalan Inobong Putaton Bansadon khususnya di kawasan Kampung Dungkahang dan Kampung Tanaki (CH/KM 74.15).
Sebagai langkah awal, pihak berkuasa telah memasang papan tanda TMP dan melaksanakan pengalihan lalu lintas sementara. Walau bagaimanapun, laluan tersebut kini tidak boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan.
Sehingga kini, tiada jalan alternatif yang boleh digunakan bagi menggantikan laluan tersebut. Orang ramai dinasihatkan untuk merancang perjalanan masing-masing, mengutamakan keselamatan, serta mematuhi arahan pihak berkuasa di lokasi.
Pihak berkuasa sedang memantau keadaan dari semasa ke semasa dan sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan.
Tamat