PROGRAM SANTUNI PEKEBUN KECIL SAWIT MPOB SANDAKAN

Oleh: Jalie Mohamad

SANDAKAN, 5 November – Kerajaan terus komited membantu pekebun kecil persendirian bagi tujuan penanaman semula pokok sawit tua melalui Skim Insentif Pembiayaan TasPKS 2.0 di sini hari ini.

Program menyantuni Pekebun Kecil Sawit bagi daerah Sandakan itu telah diadakan dengan tujuan memperkukuh sokongan kepada pekebun kecil sawit melalui pelbagai inisiatif yang dilaksanakan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Melalui Skim Insentif Pembiayaan TSPKS 2.0, . Bagi daerah Sandakan sahaja, sebanyak 34 permohonan telah diluluskan melibatkan keluasan 155.76 hektar dengan jumlah peruntukan sebanyak RM2,803,633.20 sehingga 31 Oktober 2025.

Pada majlis hari ini, penyerahan cek cura TSPKS 2.0 berjumlah RM810,563.40 telah disampaikan kepada 10 orang pekebun kecil sawit, di samping penyampaian Sijil Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) kepada 5 orang pekebun kecil dan lesen MPOB kepada 5 orang pekebun kecil.

Turut diraikan ialah sumbangan sebanyak satu tan Baja Sawit Formula MPOB oleh Syarikat Arky Ventures kepada Koperasi Pekebun Kecil Sawit Malaysia (KPSM) Sandakan, sebagai tanda sokongan kepada usaha meningkatkan produktiviti pekebun kecil di daerah ini.

Majlis ini turut dihadiri oleh Ahli Majlis Perbandaran Sandakan, Saudari Tang Szu Ching (董思筠), Penyelaras Negeri Sabah MPOB, Encik Amran Arifin, Bendahari Konsortium KPSM Sabah, Encik Jalan @ Jailani bin Agak, serta Pengerusi Komuniti KEMAS Parlimen Libaran, Datuk Salzo Asa.

Tamat