Oleh : Jalie Mohamad
SANDAKAN: 9 April – Kelab Taekwondo Warisan Sandakan (WTF) telah menghantar tujuh peserta ke Kejohanan Taekwondo Rendah Kebangsaan TM-KBS-MILO Kali Ke-14 yang akan diadakan pada 11 hingga 13 April di Negeri Sembilan.
Ketua pasukan Muhammad Huzaimi Aduring 33, berkata mereka akan bersaing dalam pelbagai kategori dalam acara kategori Poomsae individu lelaki 12-14, individu lelaki 15-17, individu perempuan 15-17, bergu campuran 15-17, lelaki berkumpulan 15-17 tahun termasuk poomsae individu, mixed pair, dan juga kategori pasukan.
Peserta dari Kelab Taekwondo Warisan Sandakan terdiri daripada enam lelaki dan satu perempuan kami akan bertanding di bawah United Taekwondo Sabah Association (UTSA) bersama beberapa pasukan dari daerah-daerah lain di Sabah dalam kejohanan yang dianjurkan oleh Taekwondo Malaysia (WT).
Tamat
