Himpunan Solidariti GRS Bersama Calon No. 2 Silam Dapat Sambutan Menggalakkan

sabahheadlines
1 Min Read

SILAM, 28 Nov— Calon GRS No. 2 bagi DUN Silam, Datuk Mizma Appehdullah, meluangkan masa bersama jentera parti dan masyarakat dalam program Himpunan Solidariti GRS Bersama Calon No. 2 sebagai tanda penghargaan atas komitmen serta sokongan yang tidak pernah luntur sepanjang tempoh kempen.

Program yang berlangsung dalam suasana penuh semangat itu memperlihatkan kesatuan jentera dan penyokong akar umbi yang terus teguh berdiri di belakang Datuk Mizma hingga ke saat-saat akhir kempen.

Beliau menyeru pengundi agar memilih pemimpin yang benar-benar ikhlas, berintegriti dan berupaya membawa pembangunan menyeluruh kepada masyarakat Silam.

Datuk Mizma, anak jati Silam yang dikenali dekat dengan penduduk setempat menegaskan bahawa beliau memahami dengan mendalam masalah, keperluan serta aspirasi masyarakat di kawasan itu.

Sehubungan itu, beliau berharap diberi peluang untuk merealisasikan perancangan pembangunan yang telah dirangka bagi memastikan manfaat dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.

Beliau turut mengajak pengundi untuk keluar awal dan menunaikan tanggungjawab masing-masing pada hari pengundian 29 November.

TAMAT

Share This Article