12 Tahun Berlalu Tragedi Berdarah Tandou Tetap Dalam Ingatan

SABAH HEADLINES – SYARMILAH SALLEH

14 MAC 2025

LAHAD DATU: Tragedi berdarah “Tandou” yang mengorbankan 10 perwira 12 tahun yang lalu tetap segar dalam ingatan khususnya kepada warga Lahad Datu.

Setiap tahun program bacaan Yassin ,doa dan Tahlil diadakan sempena memperingati peristiwa berdarah itu.

Sehubungan itu untuk tahun ke 12 memperingati peristiwa hitam tersebut Pejabat Daerah Lahad Datu melalui Badan Dakwah daerah serta semua wakil jabatan kerajaan negeri dan persekutuan mengadakan program bacaan Yassin doa dan Tahlil di Masjid Nurul Aman Taman Aman pada Khamis.

Pegawai Daerah Lahad Datu,Firuz Idzualdeen Mohd Dzul berkata penganjuran program bacaan Yassin,doa dan Tahlil adalah sebagai tanda ingatan dan penghormatan kepada pasukan keselamatan yang terkorban dalam tragedi hitam di Kampung Tanduo.

“Terima kasih kepada Ahli jawatankuasa Masjid Nurul Aman ..yang mana bersetuju dan menerima kami..selaku Ketua Badan Dakwah daerah Lahad Datu untuk mengadakan majlis yang begitu signifikan setiap tahun ..kita memperingati pejuang pejuang kita yang terkorban semasa di Tandou pada tahun 2013, tambahnya.

Sementara itu,Ketua Pegawai Eksekutif ESSCOM ,Datuk Dr.Jamaluddin Mohd Ali berkata,Tragedi berdarah Tanduo itu menjadi titik tolak kepada penubuhan ESSCOM bagi memastikan keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).

Menurutnya,keamanan yang terjamin membawa kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih baik selepas 12 tahun peristiwa hitam berlaku.

“Sejak ESSCOM ditubuhkan pertumbuhan ekonomi semakin rancak berkembang..sebagai contohnya, Semporna kini menerima lebih 1,000 pelancong asing setiap hari dan itu menandakan pelancong yakin dengan

tahap keselamatan kita,katanya.

Dalam pada itu,Pengerusi Masjid Nurul Aman Dr. Mohammad Ayub Yaacob turut berterima kasih kepada pihak pejabat daerah yang memilih masjid Nurul Aman sebagai lokasi pertama untuk program sempena memperingati tragedi berdarah Tanduo.

” Kita amat mengalu-alukan program seperti ini,katanya.