π—£π—’π—Ÿπ—œπ—¦ π—§π—¨π— π—£π—”π—¦π—žπ—”π—‘ π—”π—žπ—§π—œπ—©π—œπ—§π—œ π—£π—˜π—₯π—π—¨π——π—œπ—”π—‘ 𝗗𝗔𝗗𝗨 π——π—œ π—£π—œπ—§π—”π—¦, 𝗗𝗨𝗔 π—Ÿπ—˜π—Ÿπ—”π—žπ—œ π——π—œπ—§π—”π—›π—”π—‘

sh@ Syarmillah Salleh

PITAS, 5 Sept – Dua lelaki tempatan bernasib malang apabila gagal meloloskan diri daripada serbuan polis.

Lelaki yang berusia 50 dan 52 tahun ditahan polis dalam serbuan di Kampung Sinanggip dekat sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Supt. Simuin Lomudin berkata polis melakukan serbuan ke atas sebuah pondok pasar tamu kampung tersebut kerana aktiviti perjudian.

“Serbuan dilakukan pada jam 4.30 petang dan polis berjaya menahan kedua-dua lelaki tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata operasi khas itu dinamakan Op Dadu itu dijalankan hasil risikan dan maklumat awam yang diterima.

Pasukan serbuan diketuai oleh Inspektor Romioh Wong bersama sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kota Marudu.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan polis mendapati kira-kira 10 individu sedang berkumpul dan bermain dadu.

“Bagaimanapun, sebahagian daripada mereka sempat melarikan diri. Polis berjaya menahan dua individu dan merampas beberapa barangan yang dipercayai digunakan dalam aktiviti perjudian,” katanya lagi.

Antara barang yang dirampas termasuk 20 biji dadu pelbagai warna, dua piring, satu penutup piring, sehelai kanvas, gelung getah, beberapa beg kecil, serta wang tunai berjumlah RM213.

Tambah Simuin, tangkapan dan rampasan telah dibawa ke IPD Kota Marudu untuk siasatan lanjut dan kedua-dua suspek turut menjalani saringan ujian air kencing.

Kes disiasat di bawah Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

β€œPolis menyeru orang ramai untuk terus menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti jenayah yang berlaku di kawasan masing-masing bagi membantu mengekalkan keselamatan dan ketenteraman awam,” katanya.

TAMAT